Semalam menonton wayang dgn En. Zahirudin...dan tak tahu nak tengok cerita apa..so layanlah cerita ni..Cerita nya mudah di fahami dan menarik..Kisah bermula mengenai pasangan Morgan ni (Sarah dan Hugh) yang dalam proses perpisahan sementara kerana Sarah ni marah dgn Hugh ni sebab curang dgn dia... dalam usaha untuk memperbaiki hubungan tersebut..mereka berdua menghadiri makan malam dan selepas makan malam tu..mereka berdua ternampak 1 pembunuhan yang mana melibatkan ahli mafia yang paling di kehendaki oleh polis dan FBI...
Takut akan nyawa mereka berdua terancam...pihak FBI telah mengarahkan mereka untuk "menghilang" kan diri dan menggunakan identiti orang lain supaya geng mafia tak dapat cari mereka...oleh itu mereka telah di tempatkan di Ray, Wyoming..yang mana view kat sana memang cantik dan terperusuk kat pendalaman dan yang paling glamour kat situ adalah mempunyai beruang besar yang banyak....
Banyaklah perkara lucu berlaku sepanjang mereka berada di sana di samping mereka di jaga oleh dua orang polis lain yang baik hati untuk melindungi mereka....Perkara lucu lain yang berlaku juga banyak di lakukan oleh setiausaha mereka masing-masing yang mana akhirnya jatuh cinta sesama sendiri..memang lawak... Hugh Grant juga kelakar dalam cerita ni dari segi dialog yang di lafazkan..selamba tapi kelakar...
Bagi Speaker 3.8 bintang di beri kerana jalan cerita yang simple di samping ada unsur-unsur kasih sayang yang begitu mendalam antara suami isteri ini kerana masing-masing sebenarnya tidak boleh hidup tanpa pasangan masing-masing tetapi ego mengatasi segalanya.....Cadangan speaker...tengoklah cerita ni...for fun...
Sekian....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan