Semalam menonton wayang dgn En. Zahirudin...Cerita kat atas nilah..tengok kat MV. Cerita ni mengisahkan 4 pasangan suami isteri yang juga kawan baik semuanya...pasangan keldai - adalah yang merasakan bahawa mereka selama ini bahagia tetapi bila sampai ke pulau EDEN..rerupanya mereka ini yang paling banyak masalah...pasangan serigala - adalah pasangan yang berkahwin terlalu muda dan tidak sempat menikmati kehidupan sebagai remaja kerana si wanita mengandung pada malam 'prom'. Pasangan arnab - adalah pasangan yang telah berkahwin selama 8 tahun tapi masih tidak punya anak dan berusaha agar mereka tidak bercerai dan merupakan master mind yang mengajak semua rerakan untuk menyertai mereka untuk memperbaiki hubungan suami isteri di pulau EDEN ini...pasangan lebah - memula si lelaki hadir bersama teman wanita yang muda..tapi last-last jumpa semula bekas isteri dan berbaik semula....
Cerita ni light komedi dan mudah difahami..cuma banyak sangat bercakap dan agak bosan juga setengah2 part..moralnya..walaupun kita dah lama kahwin..tak semestinya kita dah mengenali pasangan kita dgn mendalam...ada kalanya komunikasi dan berterus terang itu adalah lebih penting daripada kita menyimpan segala yang terbuku di hati sengsorang diri..bila dah meletop..terlambat sudah...
Pada Speaker..yang dah berkahwin elok tengok cerita ni..macam terapi perkahwinan...ialah..yang baik kita boleh jadikan teladan..yang buruk boleh kita elakkan....by the way..anak pasangan keldai adalah amat melucukan dan amatlah comel budaknya...
Sekian....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan