Kurus macam saya

Unit Percaya

Sila klik..

Rabu, 18 November 2009

Makan kat Warong Kita...tapau Secret Recipe


Hari ini menglunchkan diri (matilah kalau orang DBP nampak..ejaan tak boleh blah..) kat Warong Kita.. bertempat di KL Sentral..cadangnya nak pergi Mid Valley..tapi JEM tak hingat..so ke lain pulak perginya... gambar di atas menunjukkan keramaiannya orang beratur untuk makan tengahari....



Ini pulak nombor yang Speaker dapat sementara menunggu hidangan yang di minta sampai...Tak delah lama mana pun..saja jer nak tunjuk nombor..(nombor tidak memainkan peranan berapa lama nak kena tunggu yea..sekadar rujukan pelayan jer...)


Ini pulak adalah hidangan yang Speaker pilih iaitu..Lemang rendang daging... padahal bukan tak leh nak tunggu minggu depan ..(raya haji)..saja jer..nampak sedap jer..memang sedap pun...harga berpatutan dan air pulak adalah Honey Lemon Ais..yang begitu menyamankan tekak....
Berpuas hatilah juga..sebab dah selalu dah makan kat sini..cuma tak publish jer.. sekarang kedai ni dah di buka 24 jam...ini memandangkan tempat strategik dan memang orang akan ada 24 jam..buat apa nak tutup kan?


Kengkawan lain mengambil hidangan cempedak goreng dgn kopi o kampung dan pau daging campur kopi c kampung...


Balik pulak..tapau New York Cheese Cake cap Secret Recipe..perhhh...sedapnya tak hingat..di sebabkan itu gambar tak sempat ambil sebab dah masuk mulut..gambar di cilok dari En.Google adanya....

SEKIAN....

Tiada ulasan: