Semalam dengan En. Zahirudin pergi menonton wayang di GSC Mid Valley...tak tahu nak tengok cerita apa..last-last tengok cerita ni.... Best gak..tapi tak seram langsung..sebab tak seramlah...walaupun banyak darah-darah...tapi komedi yang di selitkan memang selamba..Sinopsis yang Speaker boleh cerita mengisahkan sekumpulan Band Inde bernama Low Shoulder yang ingin popular dan percaya bahawa satu tradisi karut boleh melaksanakan impian mereka untuk berjaya dalam bidang nyanyian...
Tradisi tersebut memerlukan mereka untuk mengorbankan seorang anak dara yang suci..tapi sebaliknya mereka mempercayai bahawa Jennifer (Megan Fox) ini masih dara walaupun kita yang tengok watak dia pun dah tahu dia dah hancus...he..he...so spriritual pun berlangsung dan memang mereka mengorbankan Jennifer..tapi oleh kerana dah tiada dara lagi..so sumpahan tu menjadi tapi ada benda yang tertinggal dalam badan Jennifer ni yang telah mengambil alih tubuh badan dia..yang sebenarnya Jennifer ni dah mati..cuma roh jahat jer yang meresap membolehkan dia hidup dan kalau dia nak cantik dan mengoda..dia kena makan darah orang..dan selalunya dia pilih lelaki..
Ialah..Megan Fox kan cun... eh..korang paham ke apa yang aku merepek ni....lepas tu kisah-kisah dia berkisarkan persahabatan yang terjalin di antara Jennifer dan Teedy dan Chip (kalau tak silap), kenapa kawan baik sendiri bunuh Jennifer, kenapa dia dalam wad giler..dan banyak lagilah... adegan 18sx memang banyak..dan Megan Fox ni setakat bogel-bogel tu selamba je...
Kalau nak suka-suka bolehlah tengok cerita ni..tapi diingatkan yea...tak SERAM langsung dan tak NGERI langsung..sebab mahluk jahatnya adalah CUN...
Sekian...oh..ya..semalam adalah hari Mc Donald sedunia kot... pagi sarapan Mc D, makan malam pun Mc D gak.. hem..cuma ada sedikit tak puas hatilah dgn servis mereka semalam...paham-paham sendiri dah la...kang report kang ...susah pulak...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan