Kurus macam saya

Unit Percaya

Sila klik..

Rabu, 26 Ogos 2015

Makan Malam Tahunan 2015 - Tema : GO RETRO - Part 2 (berlakon degan Dato' AC Mizal you alls)

Ok..sekarang kita pergi ke Part 2 pulak tau...pada malam kejadian..Pengacara majlis adalah Dato' AC Mizal...memang happeninglah kan...lepas tu penyanyi undangan pulak adalah Elizaberth Tan, Douglas Lim (pelawak) dan jeng..jeng..jeng...Datuk Jamal Abdillah (sumpah suara dia adalah amat merdu sekali)

Nak dijadikan cerita meja Speaker adalah meja no. 1 iaitu memang hampir giler dengan pentas..boleh dikatakan semua penyanyi mesti ke meja kami termasuklah Dato' AC...sedang kami sedap melantak makanan..tetiba Dato' AC pergi ke meja kami dah mengarahkan kami bertiga iaitu Speaker...encik suami dan rakan satu department naik ke pentas...pulak dah...

Oleh kerana sporting punya pasal kami bertiga pun dengan beraninya naik ke pentas..rerupanya kami disuruh berlakon bersama beliau dan watak diberi kepada Speaker adalah Inspektor Eliza (dari drama Gerak2 Khas)..sabor jerlah...

Mujur semuanya berjalan lancar dan tetamu terhibur...dapatlah kami sagu hati dari beliau...meh leh tengok gegambar kami sewaktu berlakon dgn Dato' AC...

Ni adegan sewaktu sedang bawa kereta sambil mengejar penjenayah katanya...

Encik Suami kena buli dgn AC..

Kekonon serius..tapi lepas tu terbahak2 gelak...

 
But hey...Dato' AC is the best...dia memang fun, crazy dan havoc...
 
Tapi sedih jugak sebab gambar2 Datuk Jamal dan Elizaberth Tan dah terdelete..kalau tidak boleh dipublish kat sini...bye..
 
Sekian.

Tiada ulasan: