Kurus macam saya

Unit Percaya

Sila klik..

Rabu, 6 Ogos 2014

Aidilfitri 2014 - Part 3

Assalamualaikum...sambungan dari entry lepas...raya pertama di Meru meriah dengan kedatangan saudara mara dan sahabat handai adik beradik. Memang setiap tahun mak akan masak ketupat pulut dan rendang ayam pencen dan daging...(tapi setiap tahunlah jugak lupa nak snap gambar..).

Biskut pulak mak akan buat semperit, tat nenas (sedap you alls) dan mazola. Bahulu pulak ikut mood. So anak2 dan menantu ni pulak dok tambah2 lagilah sedikit sorang kuih. Sampai ke malam jugaklah tetamu datang bersilih ganti..oleh kerana cuaca panas..berbungkus2 ais dibeli..sebab tak cukup..buat jer air sirap ker, oren ker, waima air gas pun licin di minum.

 
Gamabr di snap selepas semua pulang dari sembahyang raya...mak di apit oleh anak2 perempuan dan satu2nya menantu perempuan...mak dah jadi comel dah...anak2 badan kemain memasing...huk huk..

Ni dah lain sikit posenya...

 
Dah start dah..

Eh..dah normal balik...

Ni dah salah anak dah ni..baju pun tak sedondon..waktu gambar dengan kitaorang dia tengah sentap..tup2 nak masuk family adik lelaki speaker pulak..layan kan aja...

 
Alahai..kesian mak kena himpit dengan kitaorang...tu ada kepala entiti mana tah dah masuk dalam gambar ni...kekaburan sungguh....

Kitaorang semua sayang mak sangat2...eh..abah pun kitaorang sayang jugak..cuma abah tak minat nak bergambar...segan katanya...

Ni keluarga satu2nye adik lelaki dalam family speaker...tahun ni sorang anak..tahun depan insyallah dah berdua..suka jer nak dapat anak buah baru...

Budak ni pulak namanya Iman..adik kepada Zaid (gambor nan ado)..dia ni anak kedua kakak speaker..punyalah hyperaktif...tak mahu duduk diam walau sedetik pun..ada jer kerja dia nak buat.

Ni dah malam raya pertama dah..tu sebab semua dah pakai t shirt jer...semua terbongkang lepas tu..penat kot..keesokkannya memasing balik rumah mertua...adik lelaki balik Kedah..Speaker pulak balik Sg Besar, Selangor...dekat jer...
 
Sekian

Tiada ulasan: