Kurus macam saya

Unit Percaya

Sila klik..

Selasa, 5 Ogos 2014

Aidilfitri 2014 - Part 1

Assalamualaikum dan selamat pagi...oleh kerana tajuk pun Aidilfitri..so entry kali ni akan cerita pasal aidilfitri jerlah kot yea...tapi nak masuk jugaklah entry2 yang bukan aidilfitri...ada saya kisah..hik hik...

Kejadian ni berlaku beberapa hari lagi kot nak raya...yang herannya puasa kali ni tekak speaker asyiklah nak makan Nando jer...tak tahu kenapa...tapi the problem is..Rizqi ni memang tak suka makan Nando..dia lebih prefer nasi kat Kenny Rogers lagi...so dalam usaha nak memujuk supaya duduk diam dan kami boleh berbuka puasa dengan aman, speaker pun belilah patung transformers ni untuk dia..sekurang-kurangnya dia akan lekalah dalam tempoh agak lama dengan mainan baru ni....

Budak tak puasa ni pun sebuk nak minum ice coklat..layan..janji kami tak diganggu...

Lagi aksi beliau sedang minum air dengan penuh kusyuk...

Nasik dia tak makan dulu..dia kata dia puasa...ekkk??

Encik suami ambil set ni..saya pun sama..cuma bahagian ayam saya bahagian sayap dan dada...kalau bagi peha..memang saya tak boleh makan...tak suka..

Antara sos yang ada di setiap meja...tapi kena kongsi jugak sebab tak cukup..huk huk...

Sibuklah Rizqi suruh snap gambar kotak transformers ni..nak buat apa tak tahu...sebabnya keluar jer dari Nando ni..terus buang...

Lagi gambar transformers...
 
Lepas berbuka terus balik...lepas solat semua terus tidur...ish ish...not good.
 
Sekian.

Tiada ulasan: