Kurus macam saya

Unit Percaya

Sila klik..

Jumaat, 7 September 2012

Herbalife / Biodex / Alpha Lipid SDII / Clenx Tea....

Hai semua..hari nak cerita pasal produk-produk yang pernah saya guna untuk banyak sebab yang berbeza....Bukan nak compare setiap produk...cuma nak cerita pengalaman menggunakan produk-produk ini....


ALPHA LIPID SDII

Ini adalah produk terkini yang saya sedang guna dan akan tinggalkan tidak berapa lama lagi...bukan kurang berkesan...cuma ingin mencuba berdiet tanpa bergantung pada mana-mana produk terkenal ni....Keberkesanan penggunaan produk ini memang amat mengagumkan...ramai kekawan kata saya dah kurus sikit dan saya pun rasa begitu juga...kalau sebelum ni nak pakai baju kebaya pun payah...tapi sekang alhamdulillah...dah selalu pun memakainya....dulu berat badan 82 kg tapi sekarang dah nak masuk 74 kg...saya baru menggunakan 5 tin produk ini dan melayakkan saya untuk jadi member dan mendapat harga yang lebih murah....



CLENX TEA

Teh ini saya gunakan untuk membuang segala tosik2 yang terdapat dalam badan saya dan saya suka minum teh ni sebab tiada sebarang kesakitan perut pun di alami...kalau orng lain saya tak tahulah...harga pun murah jer...saya selalu beli banyak terus dan simpan di rumah serta pejabat.....


PROGRAM KEHAMILAN BIODEX

Produk ini saya pernah gunakan 5 tahun lepas kalau tak silap....ini adalah kerana saya dah kahwin lama dan tak dapat anak...so untuk usaha bersama suami...kami pun pergi beli set kehamilan ini dan bersama-sama mencuba produk ini...tapi mungkin belum rezeki kami...setelah habis 2 set tiada perubahan, kami pun stop penggunaan produk ini....tapi satu yang best tentang produk ini....ada menyediakan untuk kedua-dua pihak...untuk lelaki dan perempuan...tak delah asyik perempuan jer nak telan semua ubat kan??


HERBALIFE

Saya tak pasti sama ada produk ini yang  membantu menyebabkan saya mengandung (dah tentunya rezeki dari Allah kan) atau apa...cuma saya tidak sempat habis 1 set pun penggunaan produk ini. Satu produk yang sedap untuk diminum dan harganya pun tidaklah terlalu mahal sangat....


So kenkawan semua....bolehlah listkan produk-produk terkenal yang pernah u alls guna dan kepentingannya terhadap kesihatan anda...sekadar berkongsi maklumat...

Sekian...

Tiada ulasan: