Kurus macam saya

Unit Percaya

Sila klik..

Selasa, 28 Ogos 2012

Happy Birthday kepada satu-satunya adik lelaki saya...Khairul Anuar

Hari ni genaplah usia adik Speaker yang sorang ni 31 tahun....sepanjang 31 tahun ni, Speaker mengenali beliau seorang adik yang baik dan mendengar kata. Seorang yang suka memerap di rumah dan tak suka melepak-lepak di luar tak tentu pasal. Tambah lagi selepas dah  kahwin dan dapat anak...lagilah jarang keluar. Masih duduk sebumbung dgn mak dan abah sebab mak tak bagi diorang suami isteri duduk tempat lain sebab nanti mak boring dan sunyi duduk sengsorang kat umah. Sekarang pun anak diorang mak jaga...no hal jer...lagi happy hidup dia boleh bela budak kecil. Tapi adik speaker sorang ni...dari kecil sampai besar benda yang tak dapat dipisahkan adalah komik mangga lawan-lawan dari jepun dan ayam masak merah masakan mak...kalau ada 2 benda ni...benda lain sekeliling tak dihiraukannya...

Tu sebab hari-hari mak akan masak ayam masak merah untuk anak lelaki dia sorang ni...he..he....

Khairul Anuar bersama anaknya Mohd Affan Hakimi...comel jer anak buah aku ni...



So..sebagai kakak, Speaker mengucapkan selamat hari jadi dan semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki selalu....

Sekian.


Tiada ulasan: