Kurus macam saya

Unit Percaya

Sila klik..

Selasa, 15 Mac 2011

Doktor bagi 3 pilihan...

Semalam dapat MC dari Hospital Tawakal sebab jari membengkak dengan jayanya....memang tak nak mc sebenarnya...tapi memandangkan separuh hari berada kat sana...last-last doktor pun dengan sesuka hatinya memberi MC...siap tanya nak berapa lama...Speaker pun...sehari jerlah...kerja banyak....

Setelah menjalankan ujikaji terhadap darah dan sebagainya...masih aktive lagi rupanya tahap arthiritis Speaker...imun dalam badan masih lagi berperang seperti cerita Merong Mahawangsa kaedahnya...

So..itu doktor sudah beri 3 pilihan pada Speaker untuk pilih...

1) Terus memakan ubatan sekarang yang akan dinaikkan sebiji membawa ke pada 10 biji dah sekarang (ubat ni maksimum 12 biji jer boleh dimakan...) ..ubat ni adik kepada ubat untuk orang sakit kanser....kesannya...seperti biasa kepada buah pinggang perlu stop mengambil ubat ni 6 bulan kalau nak pregnant....lepas tu di tambah 4 biki lagi ubat tahan sakit yang tahap maksimum dah kuasanya....

2) Ubat yang hanya makan 2 biji aje sehari..tapi boleh menyebabkan tidak boleh mengandung selama 2 tahun dan di samping kesan terhadap organ dalaman lain....(kemungkinan besar tak leh mengandung terus..kesan ubat yang amat kuat...)

3) Ubat yang tidak perlu dimakan...hanya perlu dicucuk di perut ..(macam cucuk insulin bagi pesakit kencing manis..)..tapi setiap cucukkan beharga RM4,000...bayangkan sebulan 4 kali kena cucuk...tak ke RM16,000 untuk ubat cucuk sahaja..tu belum ubat makan lagi...tapi yang ni kalau nak pregnant..tak kisah...no hal...(memanglah company ada GL..tapi sebagai pekerja yang sayangkan company ...takkanlah nak habiskan RM16,000 sebulan...)...sakitnya takkan hilang terus pun...

Tu antara pilihan yang doktor bagi....Speaker tanya kat Husband...dia pun tak tahu nak suruh ambil yang mana...dia kata...badan Speaker...ikut suka hatilah nak pilih mana....betul gak..kang orang lain pilih..yang tanggungnya speaker jugak kan???

Pesanan dari doktor...Tolonglah Happy..happy jer...itu jer ubat yang paling mujarab...tak perlu tension, marah dan runsing...lagilah nanti imun tu menyerang sendi-sendi yang tak kuat tu....huk..hukkk....

Sekian....

Tiada ulasan: