Kurus macam saya

Unit Percaya

Sila klik..

Rabu, 16 Februari 2011

3 hari 2 Malam hanya RM250 sahaja....

Minggu lepas dari hari Ahad membawa ke Selasa..Speaker sekeluarga telah bercuti ke Avillion Admiral Cove kat Port Dickson sana....pakej 3 hari 2 malam yang amat murah rasanya...reganya adalah RM250 sahaja..dengan syarat kena booking online...lepas tu nak bayar tunai atau  kredit card terpulang...cuma perlu booking secara online yea anak-anak....

Jangan salah anggap yea..Speaker memang ambil cuti 14 February 2011 bukan nak sambut hari Valentine OK...memang dah kena dengan tarikh bercuti..kan 15 February 2011 tu cuti umum..so apply sehari cuti dapatlah 4 hari cuti...paham tak?

Berbalik kepada percutian kali ini memang menampakkan kesemua bilik hotel penuh, mana dengan orang Taiwan yang datang dengan berbus-bus...mana couple yang baru kahwin..malah couple yang belum kahwin pun ada gak yang check in...kena tangkap khalwat baru padan muka...orang-orang Putih pun ramai kat sini...bolehlah cuci mata kat pool tengok mereka bersidai dengan menggunakan kain yang amatlah limited sekali...Mujurlah anak speaker tak tahu nak cakap banyak lagi..kalau tidak jenuh nak menjawap soalan....

Yang pasti..anak Speakerlah budak yang paling happy kat sini...mana taknya...tak ramai langsung kekanak waktu kami disini...ialah semua yang datang semua orang dewasa...boleh dikira bebudak yang datang....so..dia dapatlah kuasai swimming pool yang besar gedabak tu...

Gambar tak banyaklah..sebab dok berkejaran dengan Rizqi...kalau ada masa Speaker download..ni gambar yang tak seberapa...ni pun gambar keterujaan Rizqi sebelum nak masuk pool....

Ni gambar waktu dalam lif sambil memeluk pelampung Ben 10 nya....

Dah nak ke swimming pool..sambil memakai selipar warna Pink...(selipar ini dibeli oleh  atuknya secara drastik..tu yang warna pink tu..he..he...)

Ni tak tahulah teruja atau marah...tapi memang happy memanjang...

Phummm...dah berada dalam pool...berlagak..tak nak papanya pegang..waktu ni pelampung dia pandang sepi jer....

Tengok-tengok..kosong jer pool ni..memang dia sorang jer..tu yang bebas berlari....

Adegan ni kelakar sebab...dia nak naik ni sebab dia nak KENCING...sanggup dia tahan kencing dia dalam kolam sebab nak kencing kat atas....lepas dah kencing tu..phumm semula dalam kolam...kelakar tengok dia buat aksi kencing tu...

Sekian....

Tiada ulasan: