Kurus macam saya

Unit Percaya

Sila klik..

Isnin, 3 Januari 2011

Selamat bertunang : Khairul Anuar dan Azizah...

Pada hari cuti kristmas lepas..kami berlima kereta telah pergi ke Kedah nun sana bagi meraikan majlis merisik dan bertunang sekali gus untuk satu-satunya adik lelaki Speaker....oleh kerana dah hujung tahun dan kebetulan memang speaker bercuti sepanjang minggu tu..memang takde masalah langsunglah kan...tambahan pula lepas tu terus bercuti ke  Resort Penang...semuanya sekali harung...so tengok jerlah gegambar yea...takde banyak sangat sebab malas nak download gambar yang beribu riban tu....

Sebahagian dari baragan dari pihak lelaki yang dibawa..tema biru terqoise...

Kek yang dibeli last minute...

Sebahagian kecil ahli rombongan....

Nilah bakal adik iparku...kecik jer orangnya...

Sarung mak cincin..sarung...

Lagi adegan sarung cincin....

Ni lak adegan cium-cium tangan....

Awatlah adik aku buat mata macam tu...menakutkan..apa pun Speaker maintain BOLAT...Rizqi..bukannya nak pandang camera pon..apa yang dia tenung pun tak tahu....

Nilah dia budak-budak yang bertonang tu...macam si tinggi dan si rendah kan???

Memang kecik sungguh budak Azizah ni....

Selepas selesai majlis...kami beramai-ramai pun terpisahlah mengikut haluan masing-masing..kami sekeluarga meneruskan perjalanan ke Penang...tapi..memang payah mencari Hotel menjelang tahun baru ni...penuh semuanya..nasib 1 malam jer....esoknya kami ke Resort BNM di Penang...seperti biasa...seronok...tapi yang paling seronok adalah abah Speaker sebab dapat memancing...walaupun tak dapat ikan..feeling memancing tu sudah mencukupi untuk beliau...

Sekian...


Tiada ulasan: