Kurus macam saya

Unit Percaya

Sila klik..

Rabu, 1 Disember 2010

Avillion Admiral Cove...Cantik...

Selepas pulang dari KLCC..kami terlelap sekejap dan pukul 2.00 bertolak ke PD kita...kami menginap di sini...iaitu Avillion Admiral Cove..permandangan adalah begitu indah sekali....sayangnya gambar nan ada sebab sibuk mengejar Rizqi yang berlari ke sana sini....

Tempahan dibuat sehari sebelum dan harga untuk bilik yang secantik itu adalah amat berbaloi-baloi...di tambah berbaloi bila bilik kami telah di upgrade dari superior ke premium....sebab ada masalah teknikal..yang pasti harga masih sama....

Tengok jerlah gegambar gembira rizqi dan gambar bilik kami...

Katil King dah habis..so dapat 2 katil queen..besar gak...

TV yang terlekat kat dinding dan astro yang tersorok di dalam meja itu...suker tau sebab Rizqi tak dapat nak tekan-tekan....

Mini sinki dan dapur...bawah ada peti ais comel...

Sofa @ tilam yang boleh menempatkan sorang lagi untuk tidur dengan permandangan laut dan pepokok yang cantik.....

Toilet dan bilik mandi yang dilengkapi tiles berwarna hijau..suker tau....

Shower dan toilet yang transparents...kena hati-hati..takut terhantuk dengan pintu sebelum masuk ke shower untuk mandi....

Rizqi sedang melawat sekeliling kawasan yang luas...boleh main kejar-kejar tu...

Tengah pikir...kat mana aku ni???

Hem....dia jer yang suker berjalan dalam bilik ni...kami berdua lepak atas katil..sejuk...

Pikir lagi...sambil merenung kaki En. Zahirudin yang besar itu...he..he...

Pemandangan dari pintu masuk..cermin besar tu adalah pintu masuk ke bilik air merangkap cermin make up..pintu adalah ala-ala pintu orang Jepun...

Bilik kami....

Walau hanya semalam sahaja di sini..tapi memang best...nantilah speaker sambung apa yang boleh di lakukan di sini selain dari melihat bot-bot mewah milik orang kaya...ada yang boleh di sewa..dan ada yang nak dijual...sapa-sapa yang nak beli...silalah datang dan lihat sendiri.....

Sekian....



Tiada ulasan: