Kurus macam saya

Unit Percaya

Sila klik..

Selasa, 6 Julai 2010

Orang lain yang main bola sepak..orang lain lak yang sakit lutut bagai....

Ahad lepas sewaktu keluar dari SACC Mall, tetiba jer lutut speaker berbunyi crarkk...dan sekejapan itu speaker hilang balance dan nak terjatuh..macam orang main teng teng kekdahnya...memula tu tak sakit...lepas 5 minit macam tu..terus speaker meraung dalam kereta...sakitnya macam kena langgar stembroll...sakit sesangat-sangat..terus husband hantar g klinik dan tu dia..terus dapat suntikan...

Doktor klinik dah bagi amaran dah..lepas ni kalau sakit teruk lagi terus gi pakar...operate terus..buang mana yang patut....hem..dengar pakar yang malas ni...bukan apa..kalau boleh tak nak dah masuk ubat bius dalam badan tahun ni sebab tahun lepas dah masuk bius dah waktu melahirkan Rizqi....

Ubat bius ni bukan elok sangat pun..lepas kelamaan nanti badan rasa letih semacam dan selalu tak bermaya...
lagi pun baru tengah tahun..tak akan nak MC lelama kot....kalau boleh speaker cadang nak operate hujung tahunlah...waktu tu dah lepas dah penilaian prestasi...he..he...

tapi kalau rasanya dah tertanggung lagi kesakitan...terpaksalah potong gak..isk..isk....

Sekian...