Kurus macam saya

Unit Percaya

Sila klik..

Selasa, 20 April 2010

Errr...kalau kunci motor hilang...kena panggil BOMBA ker?

Alkisahnya...pada malam minggu lepas...ada seorang mamat rempit ni...dia punya kuci motor hilang..dan menyebabkan tak boleh nak buka mangga yang ada kat tayar motor dia...so..dia pun mintalah tolong kat En. Zahirudin nak pinjam spana ker, gergaji ker..atau apa saja yang boleh buka mangga kat tayar tu.. tapi malangnya En. Zahirudin manalah ada benda-benda tu..tak relevent pun dengan barang perniagaannya.... so ...si mamat rempit ni pun berlalu lah ..dengan meninggalkan soalan kepada En. Zahirudin..."abg..kalau saya call BOMBA boleh tak..nak buka mangga kat tayar.." En. Zahirudin tak sempat nak beri jawapan..terus mamat rempit ni berlalu.....

Ingatkan dah tamat dah..rerupanya tak sampai setengah jam..ada satu rombongan BOMBA datang...La..memang sungguh-sungguh dia telepon BOMBA.... yang kelakarnya...mangga kat tayar dia dah pun dapat dipecahkan oleh kengkawan dia...he..he...dah tu tak beritahu pun kat anggota BOMBA yang kes dah selesai... persoalannya sekarang...hal-hal remeh ni BOMBA ambil kisah jugak yea..ingatkan kes-kes besar dan serius jer.....

Sekian....

Tiada ulasan: