Kurus macam saya

Unit Percaya

Sila klik..

Khamis, 25 Mac 2010

Pemandu bas yang pelik...

Dua hari lepas Speaker pergilah ke Sogo selepas balik kerja...lepas tu tunggulah bas untuk ke umah..kengkadang  naik Metro kengkadang naik Rapid KL. So hari tu bas Rapid KL yang sampai dulu..apa lagi bergegaslah mengadap pintu bas untuk bayar tambang...tapi Speaker heran kenapa lambat sangat orang depan speaker ni nak bayar..rerupanya pemandunya sedang beramah mesra dgn beliau...

Ingat tamatlah beramah mesra dengan orang depan speaker jer...rerupanya dgn speaker pun dia beramah juga..cantik tahi lalat kat muka puan...nak ke mana puan...cukup ke masuk duit tadi puan..speaker pun terperanjat..sebab tak pernah ada driver seramah ini dijumpai... so jawap jerlah terima kasih dan cukup duit yang dimasukkan...

Lepas tu orang belakang Speaker pun dia tegur gak..cantik puan punya baju hari ni..pelik lah akak tu..tetiba jer orang tegur baju dia cantik..selain itu berikut adalah beberapa perangai yang dirasakan pelik dan tidak seharusnya berlaku ketika bas sedang beroperasi:-

  • menyanyi dengan sekuat hati lagu kesukaan beliau berulang kali.
  • menangkap gambar sendiri dengan menggunakan camera handphone.
  • menangkap gambar penumpang sendiri ketika jalan sesak
  • selamba jer langgar lampu merah..
  • suka berhenti-hentikan bas terhenjut-henjut...
  • membetulkan plak nama dan no staff beliau..selagi tak lurus..selagi tu dia akan berhentikan bas dan betulkan...
Sesekali terfikir..driver ni saiko ker..seram gak...

Sekian....

Tiada ulasan: