Kurus macam saya

Unit Percaya

Sila klik..

Khamis, 12 Mei 2016

Terkejut sangat dapat hadiah...

Hai you alls..
                     
                     Minggu lepas kot kalau tak silap...biasalah bila balik kerja kan penat...lepas tu Encik Suami pulak cari pasal dalam kereta...cari gaduh..tanya soalan2 yang boleh mengundang amarah...kita yang sedang penat ni apa lagi memang nak mengamuk jerlah kan..sampai muncung2lah bila dah sampai umah...so teruslah masuk bilik dengan perasaan marah...tapi bila buka lampu...ternampak satu beg warna merah dok elok kat katil...

                    Eh..eh...sapa punya ni...teruslah call Encik Suami...hello..beg atas katil ni sapa punya...dia jerit dari dapur...isteri saya punya...kalau rasa awak isteri saya ambillah...sabor jerlah...
Bila buka isi kandungan..terus semua perasaan marah hilang di ganti dengan senyuman lebar...
Terus peluk Encik Suami cakap terima kasih...ialah...kita tahu suami kita ni bukan suka bagi2 hadiah ni..tetambah nak buat kejutan2 ni...bila sesekali dapat rasa..terus happy...

                   Buat Encik Suami aka Mohd Zahirudin..terima kasih yea...hadiah sempena apa dia tak cakap pun....janji kita yang dapat ni suka sudah....



Inilah begnya yang mengundang pertanyaan
 

 
Eh..eh...ada kotak baldu merah...
 
 
Bila buka...taraaa....rantai emas dengan ukiran nama kita...suka sangat dapat hadiah...walaupun speaker ni bukanlah peminat tegar barang kemas..tapi orang dah bagi..takkan nak tolak. Lain kali boleh bagi lagi kan kan kan...heh heh...
 
Sekian..

Note 3 kepada Samsung Galaxy S7 Edge

 
Selamat pagi,
 
                 Pada beberapa minggu lepas, adalah dimaklumkan bahawa Speaker telah pun menukarkan telepon bimbit speaker yang dulu iaitu Samsung Note 3 kepada Samsung Galaxy S7 Edge. Motif tukar handphone sebab rasanya dah lamaaaaa tak tukar telepon baru...boleh ke motif gitew?
 
Kalau orang tanya apa yang bestnya Samsung Galaxy S7 Edge ni...tak tahulah apa bestnya...sebab dah biasa pakai samsung..sama jerlah kot...cuma yang lainnya dia punya bateri built in..so kalau "hang" memang susahlah kan...tapi dont worry ada solutionnya kalau buat hal pun. Ada orang tanya kenapa tak beli Note 5 hari tu...sebabnya note 5 tak de external memory card.
 
Lagi satu telepon ni boleh guna wireless charger...charger biasa pun ada gak...cuma guna wireless charger ni..tempoh masa mengecas adalah sekejapan sahaja...
 
Kalau nak tahu lebih lanjut pasal telepon ni masuk jer lah website samsung..habis cerita.
 

 
 
 
 
 
 
Ha..nampak tak lambang Capt Amerika tu...itulah wireless charger nya...tapi ni charger tambahan..charger wireless Samsung warna putih...so satu letak opis...satu kat umah...bukan bekas air gedabak tu charger tau..melampau sangat sebesar tu...kebetulan pulak duduk berhampiran..nampak macam peminat tegar jer Capt. Amerika...padahal..non ado...
 
Sekian...
 

Rabu, 23 Mac 2016

Kidzania - Keseronokan buat anak tersayang - PART 3

Hai hai hai...ok kita sambung PART 3 pulak...

Tengok2..teruja bebudak ni masing2 bila dapat buat vitagen sendiri..kalau nak tahu..diorang yang pakai baju pink hitam tu lah yang akan tangkap gambar bebudak ni sorang2 untuk setiap aktiviti...


Dah habis buat air..lepas tu nak kerja kontraktor pulak...kat bahagian ni ada 3 aktiviti boleh buat..semua dapat gaji...kontraktor..cat dinding dan lap cermin..semua Rizqi buat....
 

Lepas tu dia nak mewarna pulak..silakan...

Dapatlah pensil dan pemadam dan kerja yang kita buat..

lepas tu naik pulak tingkat atas...eh vitagen tadi pun tingkat atas jugak...turun naik..turun naik..penat.
Ni diorang tunjuk nak buat sabun..keluar jer terus wangi tangan bebudak ni...

Semua duit gaji dia bagi mama..kan dah banyak tu...

Lepas tu dia nak jadi  pilot pulak..lantakkan sana..tapi memang heran..bebudak ramai..tapi takde kena tunggu lama...

Ke sini pulak...


Comel jer pakai baju seragam SIEMENS...


Nak jadi pembaca beritalah..wartawanlah..semua dia buat..kecuali jurumake up dia tak nak..ha ha
 


Ni waktu nak buat air Spritzer..kena bayar sebab nanti dapat sebotol air katanya...tengok-tengok..asal beratur jer dapat no satu...memang lucky day dia...

Dah tak sabor benar nak masuk...

Ha..macam nilah keterangan yang akan ditampal di setiap pintu masuk sesuatu aktiviti...

Yang ni pintu untuk bebudak buat show pukul 3.00 petang


Eh..eh..terlibat jugak budak ni rupanya...buatlah nak..asal bahagia..terasa dah diri tua sangat bila anak dah pandai berdikari macam ni...semua dia buat sendiri..sobss..sobsss...
 

Sementara menunggu anak berlatih dan bersiap..kami berdua turun ke bawah sebab nak tengok show...kat sini kalau nak jadi pelakon dan ahli silap mata pun boleh...


 Ha..dah ready dah nak buat show...
 
 
habis show kitaorang masuk sini tengok bebudak buat silap mata..kelakar jer..movie pun ada tau..tapi ada masa tertentu...
 

Dah habis show tetiba dia nampak ni ha...nak pulak jadi secret agent...seronok jer tengok diorang buat aksi dari screen kat tepi pintu..memang macam latihan secret agent betul..berpeluh2 semua bila keluar..tapi semua happy...


Fakta mengenai secret agents....
 
Ok..tamatlah sudah keriangan yang dirasai oleh Rizqi...ada juga yang tiada gambar yang sempat Speaker ambil tapi telah dibuat oleh Rizqi...antaranya ialah..bekerja di syarikat suratkhabar, jadi CSI, Posmen, Hakim, Polis, Ahli sains, mekanik, TM,  buat Mc Donald, Kitar semula..LHDN, doktor gigi..dan banyak lagi..memang kami datang seawal 9.30 pagi dan nak tahu kitaorng keluar pukul berapa?? 6.30 petang ok..lagi setengah jam nak tutup...mujur tandas..surau dan cafe ada dalam tu..kot tak memang susahlah...dan selepas penat bekerja..tahu apa yang jadi pada Rizqi??
 
Jadi macam ni..tergolek terus bila masuk dalam kereta..takde bunyi..bila sedar2 dia dah tidur...kejut makan pun tak nak...bila sampai umah paksa dia mandi dan tidur..esoknya pukul 12 tengahari baru bangun..syabasssss....
 
*** Gambar anak2 boleh dibeli dengan RM30 sekeping..bayangkan berapa banyak Rizqi buat aktiviti..tapi kami taklah beli semua..beli yang berkenan sahaja...
 
Sekian.



Selasa, 22 Mac 2016

Kidzania - Keseronokan buat anak tersayang - PART 2

Mari..kita bersambung bahagian 2 pulak...




Sebijik kan rupa macam stesen minyak...antara aktiviti kegemaran Rizqi...cara2 isi minyak dan kena isikan minyak kereta pelanggan...lepas tu dapat gaji...suka suka...
 

Ni tempat kebakaran akan berlaku..he he...kalau nak tahu macamana..kenalah jadi bomba...

Ni pintu masuk kalau nak jadi bomba...tapi awass..bukan boleh masuk terus..kekanak dikehendaki untuk menunggu diruang yang disediakan dan akan diberikan nombor giliran...selalunya satu sessi akan melibatkan 5 - 10 orang kanak2 dan 20 minit setiap aktiviti...

Seronok bebudak dapat naik kenderaan bomba ni...bergerak tau...habis satu Kidzania ni diorang pergi semata2 nak padamkan api...padalah sebelah jer..he he

Sementara Rizqi sibuk nak jadi bomba...mama dan papa pun jalan2lah...ni LHDN...pun akan dapat gaji kalau buat aktiviti sini...

Yang ni memang Rizqi tak nak masuk langsung..katanya terlalu Pink...kat sini kanak2 boleh pilih nak kerja atau nak jadi pelanggan..kalau kerja dapat duit..kalau pelanggan kena bayar...


Nak jadi doktor..boleh ke sini yea..
 

Kat sini best..Rizqi suka betul masuk sini...diorang boleh plan nak pergi cuti kat mana...lepas tu dapat broucher ada gambar diorang dan tempat yang diingini...

Kat sini pun best..sesuka  hati jerlah Rizqi nak warna gambar yang diberi..tapi masuk sini kena guna duit kidzania yea...

Eh..beratur lagi tak habis2 sebab dengar penerangan...

Tara..dah tukar uniform..comel2 semua..kat sini semua uniform adalah betul2 menyerupai kerja sebenar...nak gi sini..tak perlulah nak pakaikan anak pakaian yang berleret2..susah diorang nanti..pakai Jeans dan T shirt pun ok...kalau nak buat rock climbing...sila pastikan anak pakai kasut sukan...


Lagi briefing...

 Dah penat jadi bomba..nak buat vitagen pulak...kena bayar yea sebab kita akan dapat vitagen yang diorang buat....

Ni pun antara kegemaran rizqi..to gate boy..suka jer bila palang terangkat...Nak main kereta lumba tak layak sebab ketinggian tak cukup lagi 130 cm...lepas tu kena ambil lesen bagai dan buat check mata...huk huk...kenalah datang lagi 2 tahun kot baru mencapai ketinggian yang dibenarkan...
 
Buat parents pulak..jangan risau...ada tempat khas untuk kita..memang kanak2 tak boleh masuk...

 
Cantikkan dalam nya..ada wifi segala...macam speaker lepaskan saja anak dia nak main aktiviti apa pun...lama jugak speaker dan suami lepak sini...tahu2 dah bermacam2 aktiviti Rizqi sertai...macamana kami tahu?? senang jer...sebab semua aktiviti anak kita akan di snap gambar dan direkodkan kat jam memula kita dapat tu...kita check jerlah kat kaunter Canon dan diorang akan tunjuk semua aktiviti anak kita...
 
 
Sekian...part 3 pulak...

Kidzania - Keseronokan buat anak tersayang...- PART 1

Assalamualaikum semua..dah terlalu lama blog ini terbiar sepi..faktor utama mungkin kesibukan bekerja..kesihatan diri..keluarga dan sebagainya..dah masuk bulan ketiga dah pun tahun 2016. Tapi takpelah..blog ni pun sekadar untuk bacaan kami nanti ketika tua..he he..

Mari kita bermula...tiket untuk ke Kidzania ni pun dibeli pada hari Jumaat 18/03/2016 iaitu pada hari ketiga terakhir cuti sekolah...secara tiba2 jer beli..tak plan apa2 pun. So kita pun beli secara online..kawan2 ramai cakap kalau nak ke  sini waktu cuti sekolah baik tak payah..sebab orang akan meramai dan buang masa menunggu...

Tapi Speaker pikir..dah alang2 nak beli..beli jer la...kita tempuh jerlah apa jua yang bakal berlaku...

Ni lah contoh online ticketing invoice yang keluar selepas settle baratan segala..rege dia boleh check kat website diorang..cuma kalau beli online ni dapat 10% diskaun katanya...

Sila pastikan anda memprint yea segala mak nenek benda yang diorang bagi selepas pembelian tiket secara online...sebab nanti bila dah ke sana..senang jer cerita sebab detail dah di masukkan siap2..
 
 
So keesokkan harinya gigih ni bangun seawal mungkin sebab katanya boleh masuk pukul 10 pagi..tapi Speaker ni jenis memang suka datang awal..so seawal 8.30 pagi dah keluar rumah terus ke sana. Mudah sangat sebab ada Mc Donald kat Kidzania ni...ramai jugak bebudak dan keluarga memasing bila kami nak bersarapan di Mc Donald dalam pukul 9.15 pagi...dah makan2 bagai..terus ke kaunter untuk membuat pertukaran tiket...
 
Kaunter akan dibuka seawal 9.30 pagi yea..tu pun ramai dah beratur...sedang kami beratur..tup2 ada 3 biji bas datang membawa kanak2 riang dari sekolah agama....dah cuak dah waktu tu...mesti lama menunggu ni nanti kat atas...
 
So sinilah kaunter untuk kita tukarkan tiket kita nanti..ada 2 section..satu pembelian secara terus dan secara online..so baca arahan betul2 yea..kang penat2 beratur salah lane...lepas tu diorang akan bagi cek bernilai 50 duit kidzania...

Motif tangkap gambar ni tak tau...

So inilah kerajaan punya pejabat....
 
Selesai buat pengesahan semua..kami di arahkan untuk naik ke tingkat 5 untuk check in...dan kena tebus cek untuk dapat duit...memula sekali kena gi CIMB bank yea...jangan risau kat sini semua pekerja ramah tamah..sengih jer semua..tetambah lagi kami antara yang terawal sampai....semua berebut suruh anak main game yang popular dulu seperti jadi Bomba dan Pilot...
 
 

Kat sini memang org dewasa tak boleh masuk langsung..semua aktiviti anak2 yang lakukan sendiri...ok jugak..biar diorang berdikari....
 
Ok...inilah duit yang telah ditunaikan tadi oleh Rizqi...sebagai seorang bendahari..mama dipertanggungjawabkan untuk memastikan duit ini bertambah dengan jayanya...ha ha..mama zalim..
Kat sini kalau kita nak menyertai sebarang permainan..sila pastikan anda membaca label2 yang telah diletakkan di setiap pintu masuk...ada permainan yang tidak memerlukan duit..malah akan diberi duit..dan ada yang akan kena charge..haa...dari situlah gunanya duit yang diberi mula2 tadi..
 

Ni lah rupa paras jam yang semua akan dapat...dalamnya ada data pasal kita dan anak2....orang dewasa dibenarkan untuk keluar dari sini tetapi kanak2 harus ditemani oleh ibu bapa kalau nak keluar...tapi kalau kanak2 dah nak keluar tu..memang tak leh masuk semula...huk huk...
 
 
Sekian...kita bersambung di Part 2 pulak...