Kurus macam saya

Unit Percaya

Sila klik..

Jumaat, 5 Ogos 2011

SENYUM...

SENYUM adalah bahasa dunia. Ia menunjukkan keceriaan.

SENYUM  adalah perhiasan batin yang dapat membantu mengindahkan perhiasan lahir yang tidak sempurna.

Setiap kali berhubung dengan orang lain, sewajarnyalah kita SENYUM .

SENYUM adalah jalan pintas bagi menyatakan anda menyukai seseorang.

"SENYUM " yang kamu berikan apabila berhadapan dengan sahabatmu adalah satu sedekah.

SENYUM  adalah jambatan persahabatan.

SENYUM adalah satu perlabuhan yang pastinya tidak akan merugikan.

Di Moscow, Rusia, ada sekolah yang mengajar untuk SENYUM .

SENYUM  harus ada ketululusan.

SENYUM  yang dibuat-buat pasti tidak akan menyenangkan, sama saja dengan
kening yang berkerut.

Adalah diperakui, setiap kali terSENYUM  kita hanya menggerakkan 15 otot
manakala ketika marah kita akan mengedutkan 63 otot di bahagian muka.
Perbuatan mengerutkan dahi saja memerlukan gerak kerja 40 otot.
Bayangkanlah !!!

"SENYUM " juga adalah malaikat rahmat yang turun ke dunia.

Kebanyakkan SENYUM  adalah jangkitan.

Apabila kita SENYUM  orang akan SENYUM  balik kepada kita.

Orang akan merasa dihargai bila kita SENYUM  padanya, sekaligus ia akan
memberi tanggapan yang baik kepada diri kita. Lantas .... kenapa kita tidak
muliakan ? Muliakan dengan diri kita.
SENYUM lah kepada orang yang tidak anda kenali hari ini.
Insya-Allah dia akan membalas SENYUMan anda itu.

Alangkah mudahnya membina rangkaian persahabatan........ William Shakespere
mengatakan : "Apa yang anda kehendaki akan lebih cepat diperolehi dengan
SENYUM daripada memotong dengan pedang"

Semasa bekerja, semasa belajar, SENYUM lah.
Ia akan menumbuhkan rasa keriangan dan kegembiraan.

Bila berhadapan dengan keadaan sukar SENYUM lah.
Bukankah ketawa yang sopan itu sehat.

Pujangga menyebut : "SENYUM an" itu kelopak.
Tertawa itu bunga yang sempurna kembangnya....

Sekian....

Tiada ulasan: